Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera,,

Terdahulu saya mengucap ribuan terima kasih kepada tuan puan dan saudara-saudara. Blog ini untuk wadah bacaan kita semua. Blog/Post ini lebih kepada keagamaan, isu semasa, sosial dan sejarah tetapi saya bukan USTAZ, bukan ahli/pakar mana2 hal dan lain-lain. Hanya untuk mengongsi kerisauan isu hari ini dan akan mendatang. sekian maklum dan faham kondisi/keadaan saya. Harap2 jangan "menelan" terus apa yang disampaikan, yang penting dan dianjurkan sentiasa memikirkan serta mengkaji lebih lanjut. Ini merupakan kajian, pengalaman dan pendapat saya sahaja. Terima kasih.

Tuesday, April 5, 2011

Perkembangan Islam Di Eropah -dikemaskini

Bismillahirohmanirohiim,
Assalamu'alaikum,

Dewasa ini kita selalu mendengar bagaimana umat islam selalu di zalimi puak-puak penjajah kuasa besar kuffar yang berunsur dendam terhadap islam. Sebagaimana kita ketahui berlakunya di Palestin yang mana umat islam telah dizalimi dengan pembunuhan secara serangan terancang, pengeboman bahkan penindasan sejak puluhan tahun dahulu. Ini kerana rejim zionis Israel berkeinginan untuk menguasai seluruh tanah palestin dan tanah-tanah arab kejiranan yakni negara-negara kelahiran para anbia alaihissalam. Selepas satu persatu negara diceroboh dengan cara provokasi bagi menghalalkan 'pemusnahan' kedaulatan negara tersebut. Negara Iraq di-provokasi dengan kononnya pembinaan pengaktifan penguraian nuklear dan setelah berjaya mempengaruhi dunia dengan media 'Dajjal' iaitu televisyen maka mereka telah berjaya menceroboh dan membunuh pemimpin Iraq, Saddam Hussain dengan dihukum gantung kerana kononnya jenayah antarabangsa dilakukannya. Tidak kurang selepas itu, rakyat yang tidak berdosa dibunuh hari demi hari. Manakala negara Afghanistan pula giliran serangan, kali ini kononnya negara itu 'menyimpan' teroris Osama bin Laden yang membuat serangan terhadap bangunan WTC (World Trade Center, U.S) bersama sekutunya Taliban, rakyat juga menjadi mangsa dek kerana 'haus' darah orang islam.

Rentetan demi rentetan peristiwa dalam dunia islam tetapi dalam daripada itu namun Allah s.w.t telah membuka lembaran baru dengan memberi sinar rahmat hidayat kepada kepada hamba-hambanya (negara Eropah dan Amerika Latin) yang haus akan kebenaran agama islam walaupun umat islam timur tengah dizalimi. Allah s.w.t tidak akan membiarkan perkara tersebut berterusan sekiranya umat itu ingin berubah kehidupan mereka lebih kepada sekularisme dalam kehidupan mereka seperti mana berlaku kepada negara Mesir dan lain-lain negara kejiranan. Berbalik kepada perubahan negara Eropah yang kini semakin ramai memeluk agama islam hari demi hari hasil susah payah pengorbanan insan-insan dakwah yang mukhlis (ikhlas). Banyak laporan-laporan daripada jemaah-jemaah dakwah bahawa banyak masjid-masjid didirikan daripada sebuah panggung-panggung, gereja-gereja tinggalan dan bahkan kedai-kedai dibeli bagi memenuhi permintaan rumah ibadat islam sebagai Islam Centre dengan ertikata masjid. Negara-negara ini terkenal dengan sekularisme dan atheisme seperti Jerman, Perancis, England, Sepanyol dan lain-lain ini pada permulaan kurang yakin tentang fakta yang disampaikan tetapi setelah membuka laman Youtube bertajuk lebih kurang "Europe Converting Islam","German convert Islam" dan banyak lagi dipaparkan mengenai keislaman secara beramai-ramai. Walaupun pengislaman Eropah tidak ketahui secara terbuka yakni dengan pendedahan media arus perdana hanya segelintir media terbuka kerana kebencian pemimpin-pemimpin negara dan pendita-pendita mereka tetapi dakwah islam dan hidayat tetap berterusan.

Bukan sahaja rakyat biasa Eropah dan Amerika Latin sahaja bahkan selebriti terkenal seperti selebriti altlet sukan contohnya selebriti sukan yang kita kenali hari ini yang ingin saya kongsikan seperti pengislaman Thierry Henry, Ribery, Ronaldinho, Kaka (Kaka, saya kurang pasti tetapi saya menjejaki bagi mengesahkan dalam youtube seperti ada kebenaran keislaman Kaka), Abidal,  Anelka dan Eto'o, banyak nama selebriti sukan bola sepak dan selebriti lain. Bukan sahaja selebriti tetapi golongan cendekiawan mereka juga mendapat hidayat Allah s.w.t yang Maha Luas. Saya memberi anda tugasan supaya membuat carian dalam laman Youtube tentang perkembangan Islam negara-negara ini. Pengislaman mereka-mereka ini memberi gambaran bahawa penerimaan islam walaupun penghinaan terhadap umat islam malah Rasulullah sendiri pun dipersenda melalui berbagai cara penghinaan.

Antara petikan-petikan artikel menarik dari mana-mana sumber berkaitan perkembangan islam di negara Eropah :

‎"Perangkaan dan kajian telah menunjukkan beberapa buah negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan tahun 2008 menunjukkan bahawa 5% daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah adalah terdiri daripada kalangan umat Islam. Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai citra tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun. Itupun sebelum ia ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609 orang Islam telah dihalau serta dibunuh di mana amalan agama Islam dilarang perlaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima semula oleh masyarakat moden Eropah pada hari ini. Sejarawan dunia telah mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat, terutama dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, penemuan sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut: "Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175). Peningkatan jumlah pendatang dari negara Islam di Eropah dan kadar kelahiran yang rendah di kalangan penduduk asal Eropah bermakna jumlah umat Islam di sana akan meningkat menjadi 20% menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta (tahun 2009) adalah penduduk Islam, ditambah 72 juta orang Islam lagi di Turki. Islam di Rusia Manakala pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), diikuti oleh Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta - lihat peningkatan pesat 2009 kepada 1.8juta!), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana. Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% di Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen. Bagi Tariq Ramadan, seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland dalam tulisan beliau berkenaan peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat bahawa Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya Eropah. Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warga Eropah yang beragama Islam. Islam yang menjadi kebimbangan Sementara itu, menurut sarjana Barat tersohor iaitu John Esposito, pengasas Majlis Persefahaman Islam-Kristian di Washington, Amerika Syarikat pula berpandangan Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika. Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang di seluruh dunia. Pope Benedick XVI pun bimbang apabila 100,000 orang Jerman, kaum bangsanya sendiri turut meninggalkan agama asal mereka lalu memeluk Islam saban tahun. Malah lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04% sahaja orang Kristian yang masih sudi untuk ke gereja pada setiap hujung minggu di seluruh dunia.

Saya berharap kita sebagai umat islam di seluruh dunia agar negara-negara yang ditindas dan dizalimi agar tidak putus-asa bagi mengharungi kehidupan mereka dan bangkit menentang kezaliman yang datang dari luar dan dalaman dengan cara apa sekalipun asalkan tidak membelakangi syariat islam. Kerana disebalik syariat islam yang diperintah itu ada bantuan Allah s.w.t sebagaimana bantuan Allah s.w.t kepada sahabat r.a.hum. Ulamak ikram memberitahu syarat bantuan Allah s.w.t adalah dengan sabar mentaati segala perintah-perintah Nya. Semoga Allah s.w.t memberi saya dan anda kekuatan dan bantuan untuk mentaati segala perintah dengan menuruti sunah-sunah nabi.s.a.w. Dan saya memohon maaf sekiranya Post ini banyak kekurangan dan kesilapan kerana hamba yang lemah dan cetek ilmu ini hanya ingin berkongsi maklumat dan fakta walaupun sedkit dan kesilapan ataupun pengunaan bahasa kurang menarik. Harap maaf.

Sekian,

# Post diatas mungkin akan dikemaskini

# Insyallah Post saya mungkin selepas ini :-
   1.  4 mazhab tanda kecintaan Allah s.w.t  terhadap Rasulullah
   2.  Kaitan bangsa Eropah dan Yakjuj dan Makjuj
   3.  Perkembangan Islan di Amerika Latin