Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera,,

Terdahulu saya mengucap ribuan terima kasih kepada tuan puan dan saudara-saudara. Blog ini untuk wadah bacaan kita semua. Blog/Post ini lebih kepada keagamaan, isu semasa, sosial dan sejarah tetapi saya bukan USTAZ, bukan ahli/pakar mana2 hal dan lain-lain. Hanya untuk mengongsi kerisauan isu hari ini dan akan mendatang. sekian maklum dan faham kondisi/keadaan saya. Harap2 jangan "menelan" terus apa yang disampaikan, yang penting dan dianjurkan sentiasa memikirkan serta mengkaji lebih lanjut. Ini merupakan kajian, pengalaman dan pendapat saya sahaja. Terima kasih.

Panorama

Indah sekali, Sg. Sadong (muara gedong) ke Serian

Sungai Sadong, Muara Gedong
Masjid Gedong
Bakal Jalan Simunjan Ke Gedong



Posing habis dalam perahu tu.

 Perahu sudah tersadai. Susah nak baiki naik motorsikal lagi senang.

 Nampaknya sungai semakin luas, dulu sempit sikit.
 Seberang sana pernah menjadi padang bola kita orang masa kanak-kanak, naik perahu atau berenang sahaja. Ada berani cubalah, kalau nak berenang dengan buaya. Seberang sana dulu-dulu orang kampung saya suka bercucuk tanam atau berkebun seperti sawah padi, kebun pisang, buah-buahan dll. Siap buat pondok untuk berteduh untuk makan-makan atau berehat. sekarang ni, tak ada dah sebab generasi baru ni tak nak bercucuk tanam hasilnya tak memuaskan.
'Temekak' atau ikan tembakul dengan lumpurnya. Masyarakat melayu Sarawak tidak memakan spesis ikan ini tetapi melayu semenanjung Malaysia memakan ikan ini sehinggakan dalam cerita melayu dahulu ada sang ibu kepingin memakan ikan ini tetapi malangnya si ibu kempunan dek di makannya telur dan ikan itu oleh anaknya bernama si pekan, maka si ibu ini membawa diri ke 'batu belah batu bertangkup' yang ada sumpahannya memakan si ibu itu. Maka yatim piatu si pekan dengan kakaknya. Begitulah ceritanya ikan tembakul ini.
 Kawan saya, Saddam tengah 'posing' habis. Jangan terjun tingkap sudah. Rumah tradisi yang masih mengekalkan reka bentuk melayu Sarawak, dinding kayu, tingkap kayu, atap kayu, serba kayu. Siang-malam sejuk rumah ni.
 Tebing dah susur teruk, kurang sudah perahu singgah atau 'parking' sebab orang tidak minat berperahu pergi kerja. Airnya warna coklat muda tapi bukannya coklat. Tak sesuai untuk mandi-manda.
 Seekor burung bangau tengah 'posing' untuk diambil gambar sedang mencari makanan. Jaga-jaga mana tahu ada buaya.



Memukat adalah aktiviti masyarakat Gedong yang tidak pupus, kalau sawit dapat ditanam atas air maka pokok sawit akan ditanam dalam sungai ini. Pukat Harimau paling popular dalam masyarakat Gedong, biasanya udang menjadi mangsa pukat termasuk ikan.