Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera,,

Terdahulu saya mengucap ribuan terima kasih kepada tuan puan dan saudara-saudara. Blog ini untuk wadah bacaan kita semua. Blog/Post ini lebih kepada keagamaan, isu semasa, sosial dan sejarah tetapi saya bukan USTAZ, bukan ahli/pakar mana2 hal dan lain-lain. Hanya untuk mengongsi kerisauan isu hari ini dan akan mendatang. sekian maklum dan faham kondisi/keadaan saya. Harap2 jangan "menelan" terus apa yang disampaikan, yang penting dan dianjurkan sentiasa memikirkan serta mengkaji lebih lanjut. Ini merupakan kajian, pengalaman dan pendapat saya sahaja. Terima kasih.

Wednesday, March 30, 2011

Blog Saya Dan Amalan Membaca

Bismillahirohma nirrohim,,  Assalamu'alaikum...

AUDIENCE chart -
Malaysia rating audience 600 lebih,
U.S rating 6, Hungary rating 3 dan terkini Britain rating 1.
Alhamdulillah, dalam masa yang agak singkat sudah iaitu sebulan lebih, Blog Three-Thirteenbiz.blogspot.com telah mencapai 600 penonton dari peminat seluruh Malaysia dan ada beberapa peminat dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Hungary dan Britain. Blog ini yang lebih kepada islamik serta variasi topik perbincangan yang saya ketengahkan. Tetapi saya amat berpuas hati dengan perkembangan ini walaupun jumlah masih terlalu sedikit untuk mendapat sambutan yang di-ingini.

Walaupun saya berlatarbelakang akademi kurang baik tetapi kerana keazaman dan keinginan saya untuk membuktikan kepada diri sendiri dan masyarakat. Pada permulaan pembikinan blog agak sukar dan menyulitkan tetapi saya menyelesaikannya satu persatu berkat susah-payah, asalkan rajin belajar dan tidak mudah putus-asa. Alhamdulilah, walaupun hasil blog saya ini untuk menjadi sumber penjana kewangan sampingan belum menampakkan hasil. Namun saya tetap menjadi blog sebagai lapangan karya dan alternatif  menyampai dakwah. Sebagai umat islam dan rakyat malaysia yang masih kurang mengamalkan budaya membaca buku tetapi setelah zaman berubah maka manusia yang mengikuti perkembangan semasa tersebut. Dengan adanya 'medium' seperti BLOG, maka budaya baik seperti membaca, berkarya bahkan dakwah insyallah akan sampai walaupun kesedaran membaca dan I.T masih kurang di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia amnya. Itulah salah satu maksud saya iaitu ingin menjadikan umat islam dan rakyat Malaysia sebagai membudayakan amalan membaca. 

Rasulullah pernah bersabda mafhumnya, belajarlah kamu walaupun ke negeri cina dan satu lagi pesan nabi iaitu sampaikan dariku walaupun satu ayat. Dua sabdaan ini menjadi sandaran saya, menurut kefahaman saya mengikut keterangan alim-ulamak, hadis pertama, ulamak ada memberi tahu bukan sahaja jemaah pentablighan/dakwah dihantar ke negara China tetapi ulamak ada memberitahu kerana negara China ada tamadunnya sendiri iaitu dengan tamadun penciptaan kertas yang boleh digunakan sebagai 'medium' penyampaian suatu mesej yang amat berguna hingga hari ini. Dakwah nabi-nabi kita tidak boleh tolak tetapi kita kena ikut iaitu dakwah jumpa manusia secara bersemuka, perseorangan mahupun beramai-ramai, jumpa manusia yakni dakwah manusia tentang Rob mereka dan agama Allah s.w.t. Manakala penciptaan kertas oleh orang cina dahulukala juga memberi kesan manfaat dan impak berguna kepada umat contohnya pencetakan Al-Quran hari ini.

Begitulah bagi pendapat saya mengenai Blog hari ini, walaupun ramai orang menggunakan teknologi blog sebagai bahan penyampaian mereka samada baik atau buruk. Dakwah atau dakyah. Bagi saya blog tidak ubah juga seperti sekeping kertas yang mungkin boleh digunakan sebagai 'medium' penyampaian mereka dengan izin Allah s.w.t. Ianya mengikut hati (niat) seseorang itu, jika baik hatinya maka baiklah terhasil dari tubuh badannya, begitulah sebaliknya. Saya harap post blog saya dapat memjadi bahan ilmiah anda, maklumat-maklumat (fakta-fakta) malah berbentuk nasihat-nasihat dikongsi sama.

Akhir sekali, saya memohon maaf sekiranya Post saya ada menyinggung mana-mana pihak. Saya hanya ingin sampai apa yang terbaik dan memberi faedah buat umat manusia. Sesuai dengan firman Allah s.w.t mafhumnya, "kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan wahai umat Muhamad untuk memberi faedah kepada manusia ...". Wassalam.


No comments:

Post a Comment