
Di waktu senja begini mahupun di pagi hari memang indah pemandangan kampungku bagi yang sensitif tentang alam ciptaan Ilahi,, sekumpulan awan yang bergerak mengikut tiupan angin begitu nyaman dan sejuk tapi tiada lagi kehadiran sekumpulan besar burung keluang berterbangan melalui kampung ini. Rasanya sekitar 80an, tidak ketinggalan burung-burung spesis lain-lain pulang ke sarang. Indah sekali waktu itu, bagi siapa yang peduli itu semua. Cuma burung-burung biasa terbang mengepak terbang megah di ruang angkasa kampungku. Malangnya, kini ruang angkasa seolah-olah sunyi dengan sang burung. Jangan kata burung enggang, burung helang atau 'menaul', burung raja udang dan lain-lain. Tiada siapa peduli kehadiran atau kepupusan burung itu semua. Senja hanya berlalu dengan kedinginan angin nyaman dan burung-burung merpati liar, terkukur dan burung kecil yang masih bertahan.Tiada siapa nak peduli. Dimana habitat burung itu semua. Semuanya 'ditelan' kerakusan manusia. Senja memang indah pemandangannya tetapi ialah, kadang-kadang kurasakan sepi dan muram bahkan kadang-kadang senja ini kulihat dan kurasakan kesedihan dan kesepiannya. Kesepian dan kesedihan berlalu begitu sahaja kerana siapa yang peduli. Hanyalah kemeriahan dan kesesakan warga kampungku pulang ke rumah dengan deruman kenderaan mereka. Malangnya nasib burung-burung itu tidak kurang juga anak-anak warga Gedong kerana tidak akan mengecapi erti keindahan dan kedamaian sebenar. Atau tidak mungkin generasi baharu Gedong tahu betapa 'cerianya' senja dan kehadiran burung dan unggas-unggas waktu itu. Senja tetap berlalu dengan harapan kesunyiannya akan terisi suatu masa nanti tapi adakah ianya akan berlaku...
No comments:
Post a Comment