Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera,,

Terdahulu saya mengucap ribuan terima kasih kepada tuan puan dan saudara-saudara. Blog ini untuk wadah bacaan kita semua. Blog/Post ini lebih kepada keagamaan, isu semasa, sosial dan sejarah tetapi saya bukan USTAZ, bukan ahli/pakar mana2 hal dan lain-lain. Hanya untuk mengongsi kerisauan isu hari ini dan akan mendatang. sekian maklum dan faham kondisi/keadaan saya. Harap2 jangan "menelan" terus apa yang disampaikan, yang penting dan dianjurkan sentiasa memikirkan serta mengkaji lebih lanjut. Ini merupakan kajian, pengalaman dan pendapat saya sahaja. Terima kasih.

Friday, March 18, 2011

FADHILAT Solat Jumaat

Assalamu'alaikum buat semua,

 Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Hari ini Allah ciptakan Adam a.s dan diwafatkan, permulaan hari islam, hari penciptaan  dunia dan hari kiamat berlaku hari Jumaat. Sebagai umat islam kita wajib mengerjakan atau menunaikan solat Jumaat. Setiap perbuatan dan perkerjaan adalah sebaik-baiknya kita melakukannya dengan ikhlas, penuh bertanggungjawab dan dedikasi bagi melaksanakannya. Begitu juga perintah Allah s.w.t terhadap solat kita yakni apabila melaksanakan perintah itu dengan merasai akan nilainya, kepentingan dan kebesaran suatu perintah tuhan yang unggul itu.

     Malangnya kita hari ini mengambil ringan perintah Allah s.w.t dengan melambat-lambat hadir ke masjid iaitu apabila azan sudah berkumandang dan lebih teruk tiba bila ketika khutbah sedang disampaikan. Ini berlaku kerana kita orang islam hari ini tidak tahu dan malas ambil tahu tentang nilai dan kebesaran suatu perintah Allah s.w.t  itu. Seingat saya tentang fadhilat apabila seorang hamba  datang awal ke rumah Allah berjalan kaki dengan wudhuk sempurna, setiap satu (1) langkah Allah ganjarkan sepuluh pahala, dalam satu (1) langkah yang sama sepuluh darjat,, sepuluh kebaikan dan sepuluh keampunan. Wah begitu murah sekali rahmatNya Allah s.w.t terhadap hambaNya. Manakala kalau kita solat Jumaat,,1 langkah ganjaran adalah 1000,,andaikata 100 langkah kaki pada hari itu ke masjid untuk solat Jumaat,,maka didarab seribu ganjaran (100 X 1000) maka jawapannya seratus ribu (100,000) pahala,  seratus ribu (100,000) darjat dan seratus ribu (100,000) keampunanNya akan diperolehi.Tetapi kalau satu kilometer kita berjalan entah berapa banyak ganjaran Allah s.w.t berikan. MashaAllah, begitu kemurahan Allah s.w.t terhadap hambaNya tetapi tidak ramai melakukannya dengan berjalan kaki (anda boleh cari hadis tersebut dalam mutakhab al-hadis - susunan molana saad). Itu baru berjalan menuju masjid untuk solat Jumaat. Sekiranya kita datang awal, kita akan di catit malaikat mengikut darejat berapa awalnya kita hadir untuk Fardhu Jumaat kerana menurut riwayat sabdaan nabi saw bahawa kira-kira bermaksud  malaikat akan menunggu di pintu-pintu masjid dan seseorang datang ke masjid solat tahiyatul masjid dan duduk disaf hadapan, maka malaikat mencatit kita seperti seorang sedekahkan seekor unta selepas itu seperti sedekah seekor lembu, selepas itu seperti sedekahkan seekor kibas, kemudian seperti sedekah seekor ayam dan akhir sekali seperti sedekah sebiji telor apabila khatib mulai berkhubtah maka malaikat menutup kitab catitan (waallahu'alam, anda boleh periksa dalam kitab tersebut lebih lanjut). Kita bayangkan darjat dan pahala. Bagaimana adakah kita mampu membeli seekor unta hari ini iaitu dari kos RM5000 hingga RM7000, manakala harga lembu dari harga RM3000 hingga RM4000 dan peringkat seterusnya dijadikan sedekah pada hari tersebut. Maka kita telah berbelanja besar setiap hari Jumaat dan bahkan kalau dizahirkan maka setiap Jumaat berapa banyak unta, lembu, kibas, ayam dan telur ayam di perkarangan masjid kita,,kecoh dibuatnya. Maka pasti kita akan berebut mengambil fadhilat tersebut dengan mudah berbanding setiap jumaat kita hanya mampu sedekah RM10 kebawah. Yang pasti hanya sedikit sahaja yang dapat sedekahkan unta, lembu, kibas kerana kosnya agak tinggi, tetapi berbanding dengan hanya kehadiran awal maka kita telah 'berbelanja besar' untuk sedekah hari itu.

     Malangnya, menyentuh kelemahan kita bukan sahaja datang lambat (masbuk), solat Jumaat berbeza dengan solat fardhu 5 waktu kerana solat  fardhu 5 waktu itu sekiranya solat jemaah lima waktu itu telah bersurai tetapi kita tetap menunaikan solat dan pahala berjemaah tidak kurang manakala solat Jumaat pula sekiranya kita datang lambat seperti khutbah sudah disampaikan, masih ramai baru sampai maka tidak sempurna pahala jemaah kita akibat tidak tahu nilai dan kebesaran solat itu. Bahkan tidak kurang juga ramai bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan. Nabi s.a.w mafhum ada melarang ahli jemaah mengalih-alih anak-anak batu ketika khatib menyampaikan khutbah (yakni kita hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya). Belum lagi ditekan disini adab-adab yang dititik-beratkan termasuk adab masjid, pakaian kita dan digalakkan memakai bau-bauan wangi dll.

     Hari ini yakin dengan kepentingan pekerjaan duniwi kita, kita faham dan tahu nilai berapa penting apabila kita membuat suatu perkerjaan mestilah sempurna dan kita mahu tiada kekurangan serta tiada kerugian melanda kita. Kekurangan dan kerugian suatu perkerjaan duniawi kita maka kita mengeluh dan sedih, cepat-cepat kita 'post-mostem' kekurangan itu dan terus kita memperbaikinya. Itulah kefahaman kita tentang dunia yang kita usahakan tetapi perintah Allah s.w.t yang unggul itu kita ringan-ringankan. Solat adalah perintah yang Allah s.w.t akan hisab mula-mula sekali di Mahsyar kelak tetapi sekiranya kurang maka kerugian serta kegagalan buat kita. Segala amalan kita juga akan ditolak akibat solat kita tidak diterima. Diriwayatkan seorang hamba solat 60 tahun dihisab tetapi amalan solatnya ditolak akibat kegagalannya menyempurnakan solat dengan sempurna (yakni solat 60 tahunnya ditolak).

     Mari kita sama-sama memperbetulkan dan memperbaiki diri mulai sekarang. Saya menasihati diri saya dan anda bersama-sama ambil iktibar dan mengamal agama sempurna dalam kehidupan kita sebelum kita mengalami kerugian besar di akhirat kelak. Dengan solat dan amalan ibadat kerahmatan Allah sangat luas buat kita. Allah s.w.t maha pengampun lagi maha penyayang.

Sekian, terima kasih.

#harap anda dapat membetulkan kesilapan saya atas sekiranya post ini banyak kesilapan fakta atau apa-apa kesalahan. saya hamba yang bisa membuat kesalahan / kesilapan. post saya ini timbul atas kerisaun diri dan umat nabi s.a.w. harap beri respon

No comments:

Post a Comment