Assalamua'alaikum Buat Semua,
Sebagai seorang islam tahu apa itu Khalifah yang Allah s.w.t janjikan kepada umat manusia sejagat, pemimpin mukmin bertakwa. Walaupun dunia dikuasai kuasa baik dan jahat berganti tangan seperti sabda nabi mafhumnya kekuasaan keatas planet bumi akan jatuh ketangan orang soleh dan orang 'jahat' bersilih ganti yang mana zaman pemerintah manusia bermula dengan pemerintahan Nubuat (nabi-nabi seperti nabi Sulaiman, Daud, Yusuf, Muhamad dsb), kemudian pemerintahan para sahabat R.A termasuk tabi'in dan tabit tabi'in (salafulsolihin) dsb, kemudian jatuh kepada pemerintahan beraja dan bertukar pemerintahan hari ini, 'human right' (demokrasi, sekular dsb, yg mana manusia mengikut nafsu dan pendapat sendiri). Dan Rasulullah ada menyebut mafhumnya iaitu dunia diakhiri diperintah oleh orang keturunan Quraish yakni Imam Mahdi apabila muncul kelak.
Tetapi malangnya kita hari dijajah oleh kuasa dunia jahat yang mana ada firman Allah lebih kurang dimana kuasa jahat ini mempergunakan (manipulasi) planet bumi sebagai alat peperangan atau senjata negara ini bagi menguasai dunia dan menghapus musuh-musuh mereka tanpa sebarang pertuduhan sebagai jenayah antarabangsa. Senjata ini begini hebat sehingga hari kita menyangka semua kebanyakan kerosakan muka bumi seperti gempa bumi, Tsunami, kemarau panjang, ribut taufan dan lain-lain lagi yang disangka kita adalah FENOMENA BENCANA ALAM (wallahhua'lam). Adakah ini mengejutkan anda dan Sudah Anda Bersedia mendengar atau menerima kenyataan ini bahawa teknologi NUKLEAR kini adalah senjata ketinggalan zaman bagi negara Polis Dunia ini.
Tahukah anda, teknologi dinamakan HAARP (High Frequency Active Auroral Reasearch Program) telah diusahakan dan diuji negara tersebut mungkin keatas negara-negara telah kita ketahui yang ditimpa 'bencana alam' seperti Indonesia, Haiti dan Jepun dll negara dengan dilanda gempa bumi disusuli tsunami, tidak ketinggalan negara lain dengan bencana kemarau panjang, ribut taufan bahkan teknologi ini boleh mengawal minda seperti contoh mungkin negara-negara Arab dan afrika dsb bagi menghuru-hara negara tersebut dan teknologi ini juga telah diuji keatas rakyat negara itu sendiri yang telah menimbulkan huru-hara beberapa ketika. Teknologi ini bakal diguna pada 2012 sepenuhnya dan habis-habisan keatas negara yang cuba menjejas reputasi, mengugat dan 'mencabar' negara polis dunia ini. Yang mana, negara ini telah banyak membuat / mengambil kajian tentang kejadian-kejadian bencana alam termasuk bencana-bencana yang telah terjadi yakni puluhan, ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu.
Fakta ini bagaikan tidak benar tetapi kita terpaksa menerima kenyataan ini kerana saya percaya bahawa Allah ada berfirman (tidak silap atau lebih kurang, harap anda perbetulkan sekiranya anda tahu) bahawa orang kafir (Pemerintah Jahat Dunia ini) mempergunakan/manipulasi planet bumi sebagai senjata. Akhir sekali, menurut pendapat saya sebagai islam wajib percaya bahawa Dajjal akan datang di pinggir Mekah apabila Imam Mahdi dan nabi Isa sudah tiba. Yang mana dajjal akan menggunakan 'kekuasaan sihir' yakni (dengan senjata HAARP) mengegarkan seluruh kota Mekah dan orang islam yang lemah iman mereka keluar datang kepada Dajjal. Manakala mukmin sejati terus bersama Imam Mahdi dan nabi Isa. (Maafkan saya sekiranya berlebihan dalam mengeluarkan fakta ini). Sekiranya anda ingin mahu fakta dan maklumat lebih jelas, saya syorkan anda boleh membuat carian seperti http://us.dunia.vivanews.com/news/read/ ... dsb banyak lagi sumber.
MESEJ BUAT KITA
Sebagai islam kita wajib percaya dan beriman 100% sepenuhnya bahawa kekuasaan yang mutlak adalah milik Allah s.w.t. Maka adalah wajib kita apa yang telah berlaku hari ini adalah keizinan dan ketentuan takdir Allah s.w.t. Tetapi adakah Allah s.w.t itu kejam, tidak sama sekali, ini kerana kezaliman umat islam itu sendiri kerana umat islam telah banyak melakukan FASAD dan MUNGKAR secara terbuka dan menyeluruh. Adakah Allah membiarkan umat islam terus 'dinodai' dan dibunuh terutama hambaNya yang benar-benar soleh dizalimi? Allah tidak 'merubah' suatu kaum kecuali kaum itu ingin berubah. Hanya pertolongan Allah s.w.t sahaja dapat memusnahkan apa-apa sahaja niat serta rancangan-rancangan jahat kaum kuffar.
Sekian, wassalam
Mungkin saya akan kemaskini (update) atau keterangan lanjut post ini
No comments:
Post a Comment