MISTIK,,,
Mistik tapi benar, tiada tipu-tipu samada kebetulan atau tidak,, gambar ini diambil 2 tahun lepas apabila mengambil gambar sekitar laman bunga ibu saya dan lain-lain tempat tetapi setelah melihat kembali dalam videocam Sony saya, saya perasan kewujudan seperti Jin / Hantu ini apabila menjadikan gambar laman di atas sebagai 'wallpaper' pada skrin PC saya. Terkejut juga dibuatnya. Ada cerita disebalik kehadiran jin dilaman tersebut, pendapat saya ialah jin tersebut 'penumpang' atau 'penunggu' bunga hutan yang dijaga ibu saya. Saya ada memberitahu kepada ibuku dan ahli keluarga kami tentang kehadiran jin sepertimana dalam gambar itu. Mungkin agak keterlaluan atau khurafat kerana ibu saya seperti rutin biasa dengan menyiram bunganya dipagi hari. Mungkin telah takdir pada tahun yang sama iaitu sekitar 2008 hingga awal 2010, ibuku telah diserang suatu penyakit dalam perutnya yang sukar diketahui puncanya. Banyak tempat juga usahanya, seperti berjumpa doktor di Hospital Umum, Kuching dan SJMC, Subang Jaya mencari penyakitnya. Menurut doktor, kemungkinan ibuku ada ketumbuhan dalam usus dan hampir-hampir sahaja dibedah tetapi tidak kerana atas sebab-sebab tertentu pihak hospital. Selain itu kami juga mengusahakan rawatan cara islam sehingga ibuku di rawat di klinik rawatan islam dengan Ustaz di Shah Alam. Hampir setengah tahun selepas itu, penyakit ibuku mulai sembuh. Alhamdulillah, kini ibuku mulai bertambah sihat dan aktif dengan hobinya, bunga dan kebun sayuran. Manakala bunga misteri lagi mistik itu telah dibuang setelah berbagai andaian dibuat. Syukur kepada Allah memberi peluang keluarga kami masih punyai ibu. DOAKAN KEBAHAGIAN BUAT IBUKU DAN KELUARGA KAMI. TQ
No comments:
Post a Comment